14 November 2012

Penajaan Hadiah Program 'TING TONG'

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 8 November yang lepas pihak syarikat MEN Greens Solution Sdn Bhd telah berkesempatan mengunjungi Primeworks Studio yang terletak di Sri Pentas, Bandar Utama. Tujuan kami adalah untuk menghantar hadiah penajaan bagi program 'TING TONG' yang akan disiarkan di TV9 tidak lama lagi. Program yang berbentuk' 'game show kejiranan' ini akan dihoskan oleh Bell Ngasri. Terima kasih kepada pihak TV9 kerana memberi peluang kepada kami untuk menjadi salah satu penaja kepada para pemenang. Diharap perhubungan pihak syarikat dan juga pihak media akan bertambah erat.

 
Pengarah Urusan MEN Green Solution Sdn Bhd, Encik Nazri menyampaikan hadiah penajaan kepada wakil program TING TONG TV9, Miss Chen Ee Li

No comments:

Post a Comment