31 October 2012

USM menang anugerah reka cipta antarabangsa di Korea

GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) menggondol 10 pingat pada Ekspo Reka Cipta Wanita Antarabangsa Korea (KIWIE) 2012 di Seoul dari 3 hingga 6 Mei lalu.
Ketua rombongannya, Prof Dr Fauziah Ahmad berkata USM memenangi dua emas, empat perak dan tiga gangsa termasuk satu anugerah utama melalui projek bertajuk 'BananaSorp' yang merupakan minyak serapan dari pelepah dan batang pisang.
USM juga menerima dua anugerah khas dari Taiwan dan Thailand, katanya.

Tiga universiti mewakili Malaysia pada pertandingan itu iaitu USM, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang menghasilkan 18 reka cipta.


Hanya tiga reka cipta dari Malaysia tidak menerima sebarang anugerah.

Fauziah berkata ia merupakan kali keenam USM menyertai KIWIE dan kali ini merupakan penyertaan mereka yang terbaik.

Beliau berkata USM sedang mengadakan rundingan dengan pihak industri untuk mengkomersialkan produk mereka.

Sebanyak 30 negara menyertai KIWIE 2012 dengan lebih 400 hasil reka cipta dipamerkan. - BERNAMA
 

No comments:

Post a Comment